Thursday, June 4, 2009

Kawad Statik

BAB KEDUA
KAWAD STATIK

BAHAGIAN SATU

SEDIA

Hukumannya :

"Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.



BAHAGIAN II
SENANG DIRI

Hukuman :

"Senang ..................Diri"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

BAHAGIAN III
REHATKAN DIRI

Hukuman :

"Rehatkan ................Diri"

Perbuatan:

Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah.

BAHAGIAN IV

MASUK BARIS

Arahan masuk baris :

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".

Hukuman :

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

Perbuatan :

Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

BAHAGIAN V
MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:

" Ke kanan ............ Lurus"

Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

*julur

Hukuman:

''Pandang.............depan''

Perbuatan:
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.

Hukuman:

”Ke Kiri…… Lurus”

Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri.
Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam.

Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan.



Hukuman :

"Luruskan ............ Barisan"

Perbuatan :

Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.


BAHAGIAN VI
NOMBOR

Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad.


Hukuman :

" Dari kanan ...........Nombor"

Perbuatan :

Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis.





BAHAGIAN VII
BUKA / TUTUP BARISAN

Hukuman :

"Buka Barisan .................Gerak".

Perbuatan :

Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang;
(1-2-1)



Hukuman :

"Tutup Barisan.......Gerak".

Perbuatan :

Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak".



BAHAGIAN VIII

BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG

Hukumannya :

”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.


Hukumannya,

”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.







Hukumannya :

Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing

BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI

Hukumannya:
”Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing".
”Bergerak ke kiri, separuh kiri .......Pusing".

Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45 darjah )







BAHAGIAN X
BERSURAI DAN KELUAR BARIS

Hukuman :

"Ber..............surai".

Perbuatan :

Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah dalam masa cepat ; terus bersurai.

Ingatan :

Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke kedudukan kepit sebelum memberi hormat. Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa anggota yang bertongkat.

Perhatian:
Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai. Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan dengan sempurna.

Hukuman :

"Keluar ............... Baris"

Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau kawasan latihan.

















BAHAGIAN XI
PARAS

Paras boleh dilakukan seperti berikut :

1.Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri.
2.Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan.
3.Anggota rendah di tengah-tengah.
4.Anggota tinggi di tengah-tengah

Hukuman :

"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

Perbuatan :

Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah
ke belakang...........gerak".

Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke
kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.

"Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan".

Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor dua menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor empat jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.



Ingatan :

Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri, hukumannnya :

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing".

" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"

( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas.


Hukuman :

"Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

Perbuatan :

Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak".

Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.

"Jadikan tiga barisan.........cepat jalan".

Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.
Ingatan :

Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tinggi di sebelah kiri, hukumannnya :

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing".

" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"

( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas.

SILIBUS TUNAS KRS

KURIKULUM
TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH MALAYSIA ( TUNAS KRS)
























1.1 TERAS
1.1.1 Pendidikan Kerohanian/Moral

• memahami dan mengenal Tuhan
• amalan mulia yang perlu –menghormati ibubapa/guru/pemimpin
• tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/anggota masyarakat.
• mengenal/mengamalkan nilai-nilai murni/amalan-amalan mulia termasuk konsep kebersihan/kesihatan dalam kehidupan seharian.
• mengenal adat istiadat bangsa/kaum di Malaysia.

1.1.2 Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma

• Mengenal bendera negara Malaysia termasuk makna yang terdapat pada bendera tersebut.
• menyanyi lagu ‘Negaraku’ dengan penuh semangat, serta lagu-lagu patriotik yang lain.
• Memahami dan Menghayati Rukun Negara.
• Konsep kekeluargaan
• Kebudayaan Melayu serta kebudayaan lain-lain kaum.
• Mengenal tokoh-tokoh pejuang Kemerdekaan Negara dan tokoh-tokoh negara.

1.1.3 Latihan Fizikal

• Senaman
• Latihan kecergasan
• Latihan asas kawad kaki
• Latihan merentas halangan
















UMUM / ( ELEKTIF )
1.2.1 Aktiviti di darat

• penggunaan kompas
• aktiviti pandu arah
• ikhtiar hidup


1.2.2 Aktiviti Mental

• Latihan kumpulan dinamik.
• Latihan mencipta logo dan slogan.
• Latihan sumbangsaran.
• Latihan membuat perancangan dan keputusan mengamalkan sikap terbuka berfikiran positif dalam aktiviti percambahan fikiran dan berjaya mengatasi masalah.
• Latihan membuat persembahan ( kebudayaan/lain-lain) secara berkumpulan.


1.2.3 Aktiviti Ketahanan Diri

• latihan kawat kaki untuk pertandingan/persembahan/upacara-upacara rasmi.
• latihan asas Bantu Mula.
• latihan kecemasan semasa kebakaran.
( latihan kebombaan )
• latihan membuat ikatan dan simpulan yang mudah.
• tatatertib Pasukan Pakaian Seragam.
• Membaca dan menafsir peta.

1.2.4 Aktiviti Pendidikan Luar

• perkhemahan.
• orienteering.
• Rekreasi tali : i. abseiling
ii. flying-fox.
• menggunakan tali ( ikat dan simpulan)
• kembara

1.2.5 Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar

• mengenal tumbuh-tumbuhan.
• mengenal binatang
• menyedari kepentingan flora dan fauna. ( penjagaan pokok-pokok)
• cara mengatasi masalah kepupusan tumbuhan dan haiwan
• menjaga kebersihan alam sekitar.

1.2.6 Aktiviti Kemahiran Hidup ( Keusahawanan )

• merekacipta daripada bahan-bahan terbuang.
• mengitar semula.
• membaikpulih perabot.
• membuat kraftangan/gejet.
• latihan memasak.
• latihan asas jahitan.

1.2.7 Aktiviti di Air

• Keyakinan di air ( “water confidence”)
• Latihan keselamatan semasa berada di air
• Latihan asas berenang

1.2.8 Aktiviti khidmat kepada sekolah.

• khidmat guna tenaga.
• persembahan kebudayaan .
• gotong-royong.
• memakmurkan kemudahan sekolah.
• Keceriaan / Keselamatan / Kebersihan Sekolah








A. DISIPLIN DAN KEROHANIAN
Matlamat
Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh
kepada ajaran agama serta berbakti kepada masyarakat.
Objektif
- Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotisme.
- Menyediakan generasi pelajar berdisiplin dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
- Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia serta menyumbang ke arah hidup berkeluarga yang bahagia, bermasyarakat harmonis dan bernegara.

KEROHANIAN/PENDIDIKAN MORAL
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
Buat baik dibalas baik.
Waspada sebelum kena.
Kesetiaan kepada Negara.
Sahabat Setia
Pengukuhan Amalan Nilai-Nilai Pendidikan Agama / Moral
Teguran membina.
Balasan Jujur.
Berakit-rakit ke hulu.
Contohilah labah-labah
Belas Kasihan.
Adat-resam masyarakat Malaysia
Pengukuhan Amalan Nilai-Nilai Pendidikan Agama/Moral


Kalau cermat tentu selamat.
Budi Bahasa
Hormat menghormati
Bersyukur dan kerjasama.
Tamadun Islam
Pengukuhan Amalan Nilai-Nilai Pendidikan Agama/Moral






















2. KETATANEGARAAN
Pengenalan Logo KRS
Bendera KRS
Lagu KRS
Lagu TKRS
Lambang dan Bendera Negeri-Negeri.
Rukun Negara
Pemimpin sekolah/ tempatan
Lagu-lagu Patriotik
Pemimpin Negeri/Negara
3. PENGURUSAN DAN GAYA DIRI
i.Tanggungjawab terhadap diri
- Memelihara kesihatan tubuh badan.
- Pengurusan diri.
i.Tanggungjawab terhadap
tempat kediaman.
- kekemasan bilik tidur.
- Keselamatan diri.
i.Tanggungjawab terhadap
masyarakat.
- Adab bergaul :
Keluarga
Jiran tetangga
Guru / rakan
Majlis rasmi
Batas- batas pergaulan.























B. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN
Matlamat
Melahirkan generasi pelajar yang sihat fizikal, mental, berdaya tahan, berpotensi dan berketrampilan serta mampu menghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk dengan menjadikan budaya ilmu sebagai tatacara hidup.
Objektif
- Melahirkan insan yang sihat fizikal dan mental
- Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
- Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikannya secara bijaksana.

KAWAT
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
i. Asas Kawad Statik;
- Masuk baris
- Paraskan skuad
- Kanan lurus
- Senang diri
- Skuad sedia
- Buka / Tutup barisan
- Ke kanan/ke kiri pusing
- Menghadap ke belakang / hadapan
- Hentak kaki
- Keluar baris
i. Asas Kawad Statik
Kawat Dinamik;
- Mula langkah kaki kanan
- Tatacara Hormat
- Tukar langkah semasa berjalan
- Berpusing ke belakang semasa berjalan

Istiadat menaik / menurunkan bendera.
Asas Kawad Statik
Kawad Dinamik
Hormat;
- Ke kiri / ke kanan hormat
- ke hadapan hormat
- selaku terima sijil/hadiah
























2. PERKHEMAHAN
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
Pengenalan jenis khemah
Mendirikan khemah
Memilih tapak perkhe-mahan.
Perlindungan semulajadi
Komunikasi
Punca air
Kebersihan
Keselamatan
Pemuliharaan
Asas Gajet
- kraf perkhemahan.
konservasi (pemuliharaan)
Kegiatan di kawasan perkhemahan
Asas Gajet
-Kraf perkhemahan.
3. IKATAN TALI
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
i. Simpulan dan Asas Ikatan
- Simpulan Buku Sila
- Simpulan Bunga Keti
- Simpulan Manuk
- Simpulan Pengail
i. Simpulan dan Ikatan ;
- Simpulan Tindih Kasih
- Simpul Belit
- Ikatan Balak
- Ikatan Seraya
ii. Rekreasi Tali
i. Simpulan dan ikatan ;
- Ikatan Serong
- Ikatan Silang Gunting
- Mengemaskan tali
ii. Rekreasi Tali
4. IKHTIAR HIDUP
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
Mengenali tanda-tanda isyarat.
Menyalakan api
Menyediakan menu dan makanan
i. Menyediakan sarapan diri dan
kumpulan.
ii.Teori memasak secara survival.
iii. Teori khemah sementara.
Latihan amali.
(Perkhemahan)























5. KOMUNIKASI
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
Kaedah-kaedah ;
Lisan
Bertulis
Kaedah-kaedah ;
i. Tanda Isyarat
ii. Wisel
Latihan Amali
6. IKLIM
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
Cuaca
Suhu
Hujan
Tanda-tanda hujan
i. Awan dan jenis-jenisnya
ii. Angin.
i. Latihan Amali.
7. BANTU MULA
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
Pengenalan Peti Bantu Mula
Rawatan Kecil ;
- mencuci luka
- balutan luka
- pengenalan anduh
i. Merawat luka-luka kecil
ii. Anduh
iii. Membantu rakan ;
- rawatan kecil
- anduh.
i. Teori teknik usungan
ii. Latihan Amali.




























8. ASAS KEBOMBAAN
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
i.Pengenalan asas
Pengenalan alat pemadam api
di persekitaran sekolah
i. Punca-punca kebakaran
ii.Cara-cara mengelak kebakaran
ii. Latihan kebakaran
i. Cara menyelamat diri.
ii.Cara menggunakan alat pemadam api.
9. REKREASI
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
i. Asas dan peraturan dalam
permainan bola sepak/bola
jaring
ii. Sukaneka
iii.Permainan tradisional
iv.Asas persilatan
v. Keyakinan di air
i. Permainan Kim
ii.Sukaneka
iii. Pengenalan kompas
iv. ‘ Blind Trail ‘
v. Mencari arah
vi.Asas persilatan
vii.Keyakinan di air
i.Sukan & permainan
ii.Orienteering
iii.Kembara
10. KEBUDAYAAN
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
i. Mengenali budaya pelbagai
kaum di Malaysia.
ii. Memahami agama dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia.
iii. Persembahan Kebudayaan
-nasyid,koir,pantun ,
dikir barat,syair dan lain-lain
i.Mengenali pantang larang pelbagai kaum
ii. Hari Kebesaran Kaum(agama)
iii.Hari Perayaan kaum
iv.Persembahan
-Nasyid,lakonan,
pentomen,sketsa dan lain-lain.
i. Pergaulan
ii. Adat Istiadat
iii.Mengenal alat-alat muzik tradisional.















C. KHIDMAT MASYARAKAT – KHIDMAS
MATLAMAT
Melahirkan generasi pelajar yang sanggup berbakti,tolong menolong dan berlumba-lumba
melakukan amal kebajikan dalam kehidupan seharian tanpa mengira agama kaum dan
etnik.
OBJEKTIF
- Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat
- Mengukuhkan ikatan persaudaraan, kekeluargaan dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan
- Melahirkan insan yang prihatin terhadap tugas dan tangggungjawab sebagai anggota masyarakat serta mengamalkan budaya simpati dan empati dalam kehidupan harian

Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
i. Gotong-royong membersihkan
kawasan sekolah
i.Gotong-royong membersihkan
- tempat ibadat, balairaya, tanah perkuburan dan lain-lain.
i. Projek khidmat bakti
- gotong royong
- lawatan dan ziarah
( jiran / masyarakat
setempat / rumah anak
yatim / hospital /
dan lain-lain )























D. ALAM SEKITAR
MATLAMAT
Membina dan melahirkan generasi pelajar yang mencintai dan menghargai alam sekitar.
OBJEKTIF
- Melahirkan insan yang sentiasa bersyukur dengan menghayati alam sekitar
- Memupuk sikap prihatin insan terhadap sumbangan dan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan.
- Memahami rantaian hidup antara alam sekitar dengan manusia sejagat.
- Bertanggungjawab dalam pemuliharaan alam sekitar.
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
i. Mengenal tumbuhan
ii. Memerhati dan merekod serangga
ii. Memelihara dan memulihara sungai
kitar semula
ekosistem






























E. KEUSAHAWANAN
MATLAMAT
Melahirkan generasi pelajar yang berpotensi menyesuaikan diri dalam pelbagai bidang keusahawanan
OBJEKTIF
- Memupuk bakat serta potensi yang sedia ada di kalangan pelajar serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
- Melahirkan insan yang kreatif dan inovatif.
JAHITAN
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Pengenalan alat jahitan
Pengenalan asas jahitan
Jahitan silang pangkah.
Jahitan cantuman
Asas-asas sulaman
MASAKAN
Pengenalan
- peralatan dapur
- kegunaan & penjagaan
- keselamatan
i. Pengenalan bahan
- rempah ratus
- jenis tepung
- jenis beras
- jenis perasa
ii. Memasak air
iii. Merebus
iv. Menggoreng
v. Membakar
i. Latihan Amali
KRAFTANGAN
Pengenalan & kegunaan kraftangan
- hiasan
- cenderahati
- bahan semulajadi
Hiasan dari bahan terbuang dan bahan semulajadi.
Cara penjagaan
Gubahan bunga
Membuat senduk
Bahan semulajadi – anyaman.

HELLO TO ALL MY LOVELY STUDENTS



SO CUTE